My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 26 January 2017

    Giliran Megawati Pula Dituduh Hina Islam



    Ketua Umum Parti Demokratik Indonesia - Perjuangan (PDI-P) yang juga bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri mungkin berdepan siasatan polis selepas dituduh menghina agama Islam. Megawati kemungkinan disiasat susulan satu laporan polis yang dibuat wakil Gabungan Anak Bangsa Gerakan Anti Penghinaan Agama, Baharuzaman pada Isnin lalu. 

    Bekas ketua Barisan Pembela Islam (FPI) Jakarta Utara itu berkata, laporan itu dibuat susulan ucapan Megawati ketika sambutan ulang tahun ke-44 PDI-P yang disiarkan di seluruh negara pada 10 Januari lalu.

    Dalam ucapan berkenaan, Megawati menyelar kumpulan ideologi tertutup, dan menyamakan kelompok itu sebagai peramal masa depan termasuk kehidupan selepas kematian walaupun mereka tidak pernah melihatnya.

    Baharuzaman memberitahu, Megawati, 70, menghina agama Islam walaupun dia tidak menyebut Islam dalam ucapannya itu. “Islam percaya kepada kehidupan selepas kematian. “Percaya kepada kehidupan selepas kematian atau hari pembalasan adalah antara rukun iman yang terdapat dalam al-Quran,” katanya dalam satu sidang akhbar kelmarin.

    Menurutnya, apabila Megawati mengatakan kehidupan selepas kematian hanya ramalan dia seolah-olah mendakwa apa yang terkandung dalam al-Quran adalah tidak benar. “Tidak hanya Islam, agama lain juga mempercayai adanya syurga dan neraka pada hari selepas kematian. Kalau ada agama lain yang berasa tersinggung dengan ucapan itu, silakan (buat laporan),” tegasnya.

    Megawati pemimpin terbaru yang dihimpit dengan dakwaan menghina agama selepas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama turut berdepan tuduhan yang sama. Basuki atau dikenali sebagai Ahok kini dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menghina Islam selepas memetik ayat al-Quran dalam satu ceramah pada tahun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Giliran Megawati Pula Dituduh Hina Islam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top