My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 January 2017

    Tugu Pontianak Untuk Tarik Pelancong



    Pentadbiran wilayah Kalimantan Barat merancang membina sebuah patung pontianak setinggi 100 meter bagi menarik lebih ramai pelancong ke bandar Pontianak.

    Pengarah pelancongan Kalimantan Barat, Kartius berkata, Pontianak perlu meningkatkan sektor pelancongan dan pihaknya mahu melakukan perkara itu dengan cara berlainan dan luar biasa. Patung pontianak atau di Indonesia dikenali sebagai kuntilanak itu juga mempunyai platform tinjau supaya pengunjung boleh melihat pemandangan bandar berkenaan.

    Walaupun cadangan itu dikritik beberapa pihak tetapi penduduk Pontianak secara keseluruhannya menyambut baik pembinaan patung berkenaan. “Kami tahu pelancongan mampu meningkatkan ekonomi dan pendapatan bandar ini,” kata Kartius.

    Menurutnya, dengan siapnya patung itu nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk seperti peniaga jalanan, kedai cenderahati atau penjaga parkir.

    Antara tarikan utama Pontianak ketika ini adalah Tugu Khatulistiwa dan makanan Peranakan daripada penduduk berketurunan Cina di bandar itu. Pontianak adalah hantu popular dalam kalangan masyarakat di rantau ini yang dipercayai roh wanita yang mati dibunuh atau ketika melahirkan anak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tugu Pontianak Untuk Tarik Pelancong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top