Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iris Corporation Berhad, Datuk Hamdan Mohd. Hassan dan Pengurus Jualan Antarabangsanya, S. Vijayashankar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa.
Kedua-dua suspek yang berusia 58 dan 36 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing kira-kira pukul 12 tengah hari menerusi Ops Guinea yang dilancarkan SPRM di Selangor dan Kuala Lumpur semalam.
Hamdan ditahan di kediamannya di Tropicana Indah, Petaling Jaya manakala Vijayashankar ditahan di rumahnya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.
0 comments:
Post a Comment