Keseronokan 77 individu termasuk dua penjawat awam yang sedang berhibur di empat buah pusat hiburan eksklusif di sekitar bandar raya ini terbantut apabila diserbu sepasukan polis dalam operasi khas semalam.
Operasi selama 10 jam bermula pukul 12 tengah malam oleh Pasukan Petugas Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) itu dilakukan di Taman Sentosa, Taman Century dan Taman Nusa Bestari, Skudai di sini.
Serbuan itu diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa.
0 comments:
Post a Comment