My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 24 January 2017

    Trump Mulakan Penggal Pemerintahan Dengan Arahan Gila!




    Tiga hari yang penuh kegilaan. Itulah gambaran apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat hari ini. pada 20 Januari lalu, Donald Trump akhirnya mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika yang ke 45 bagi menggantikan Barrack Hussien Obama yang telah menamatkan penggal pentadbirannya selama 8 tahun.

    Sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah selaku Presiden, dunia tertanya-tanya, apa tindakan pertama Trump selepas sah menjadi Presiden. Ramai yang beranggapan, Trump pasti akan melakukan sesuatu yang agak luar biasa memandangkan reputasi beliau sebelum ini yang kerap mengambil tindakan drastik menurut pemahaman dan pemikirannya sahaja.

    Tanggapan ramai berkenaan akhirnya terbukti benar apabila Trump mengambil keputusan memecat kesemua 82 duta politik hasil lantikan daripada Presiden terdahulu. Sebenarnya, pemecatan ini adalah perkara biasa dalam pentadbiran White House kerana setiap Presiden mempunyai calon mereka yang tersendiri.

    Namun, apa yang menjadi luar biasanya adalah, Trump memecat mereka terlebih dahulu sebelum meletakkan pengganti. Tidak diketahui samada ianya satu tindakan yang silap namun jika dinilai dari segi tindakan Trump sebelum ini, beliau tahu apa yang beliau lakukan. Kini, kesemua 82 kekosongan berkenaan kekal kosong untuk sekurang-kurangnya 6 bulan yang akan datang sehinggalah kongres melantik pengganti mereka.

    Tidak terhenti setakat itu sahaja, Trump diberitakan telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memberi jaminan bahawa Resolusi PBB yang menghalang Israel dari membina penempatan haram mereka di Palestin akan di perdebatkan sekali lagi dan besar kemungkinan, Amerika bakal memveto Resolusi berkenaan.

    Ini menjadikan pentadbiran Tel Aviv kembali "bernyawa" dan kembali merangka pelan pembangunan penempatan haram mereka di Palestin. Tidak cukup dengan itu, Trump dilaporkan bakal bersama-sama Israel dalam memperjuangkan tuntutan Israel terhadap Baitulmaqdis Timur yang dituntut Israel untuk dijadikan ibu negara mereka.

    Trump berikrar untuk memastikan Baitulmaqdis menjadi hak milik Israel walau apa jua halangan sekalipun. Tindakan ini nyata menimbulkan kebimbangan akan kemungkinan akan ada keganasan baru di Timur Tengah dan besar kemungkinan, segala aset termasuk rakyat Amerika bakal menjadi sasaran serangan pengganas tanpa mengira di mana pun mereka berada.

    Terbaru, Trump telah membatalkan perjanjian Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang ditandatangani mereka tahun lalu. Alasan yang diberikan Trump adalah, perjanjian ini bakal melingkupkan sektor pekerjaan dan ekonomi Amerika di mana ianya bakal memberi faedah besar buat negara yang menganggotainya, bukan Amerika sendiri.

    Sehingga artikel ini diterbitkan, ianya masih belum menimbulkan rasa panik bagi kalangan negara anggota termasuk Malaysia. Ianya tidak seperti Brexit di mana suasana kelam kabut menyelubungi Eropah apabila Britain memilih untuk keluar dari Kesatuan Negara Eropah (EU). Cuma apa yang menarik untuk disaksikan adalah, adakah tindakan Trump ini kembali melonjakkan semula ekonomi Amerika?

    Andai ini berlaku, besar kemungkinan, kita akan melihat harga minyak di pasaran dunia akan kembali meningkat dan sekaligus melonjakkan nilai matawang negara ke tahap paling tinggi untuk dua tahun terakhir ini.

    Tidak ketinggalan juga, tentangan rakyat Amerika masih kedengaran sehingga kini terutamanya golongan kulit hitam, imigran Mexico dan beberapa komuniti Islam di Amerika. Kebimbangan mereka nyata berasas apabila sehingga kini, Trump telah mula melaksanakan manifesto pilihan rayanya dan ianya dilihat sebagai ancaman buat mereka yang bukan dilahirkan di Amerika.

    Inilah yang berlaku di Amerika kini. Benar, Trump seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau mampu membina empayarnya hasil daripada komitmennyayang tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma, mampukah gaya beliau menjalankan perniagaan hartanahnya diterjemahkan kedalam pentadbirannya? Itu yang menjadi tandatanya buat 10 bilion penduduk dunia hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Mulakan Penggal Pemerintahan Dengan Arahan Gila! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top