My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 January 2017

    Salahkah Pelaburan Asing Bertapak Di Malaysia?



    Bagi kalangan pengikut pembangkang terutamanya mereka yang terlalu taksubkan Tun Dr Mahathir Mohamad, isu pelaburan asing di beberapa lokasi di negara ini kerap dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kerap kali mereka timbulkan kononnya kerajaan hari ini menjual aset negara kepada pihak luar hanya untuk membayar hutang negara.

    Persoalannya, adakah menjadi satu kesalahan besar buat pelabur asing untuk melabur dan membangunkan infrastruktur di lokasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Jawapannya sudah pasti tidak. Sebagai sebuah negara membangun, pembangunan infrastruktur dan pembinaan sebuah bandar baru amat dialu-alukan untuk menggalakkan perkembangan ekonomi semasa.

    Bagi mereka yang tidak memahami tentang faktor ekonomi, sebenarnya, faktor pengukuhan sesebuah ekonomi bukan hanya bergantung kepada untung rugi semata-mata. Untuk menilai kekuatan ekonomi sesebuah negara, ianya boleh dilihat dalam banyak segi seperti KDNK, turun naik saham, perkembangan matawang dan juga pembangunan projek-projek berskala besar.

    Hari ini, menerusi program Transformasi Negara dibawah Nasional Blue Ocean Strategy, banyak infrastruktur dibangunkan bagi merancakkan dan mencairkan ekonomi negara. Sukar buat negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia ini membangunkan negaranya sendiri tanpa sebarang bantuan asing.

    Langkah kerajaan yang memilih China sebagai rakan dalam sektor ekonomi dan pembangunan negara boleh dianggap sebagai amat tepat. Ini kerana, menurut pakar-pakar ekonomi antarabangsa, China diramal bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia menjelang tahun 2018 di mana negara Tembok Besar ini akan memainkan peranan penting dalam menentukan turun naik ekonomi dunia.

    Oleh yang demikian, kerajaan menyifatkan China sebagai rakan dagang terpenting di rantau Asia yang boleh menyumbang banyak perkara samada dari segi kepakaran mahupun teknologi. Di sinilah peranan China dalam membangunkan beberapa projek mega antaranya HSR, Bandar Malaysia dan Forest City di jaringan Iskandar Malaysia.

    Namun begitu, bagi pembangkang dan pentaksub Mahathir, mereka sukar menerima sebuah negara gah seperti China menyatakan persetujuan dengan kerajaan untuk membangunkan negara. Disinilah fitnah mula dicipta oleh mereka kononnya tanah negara kini digadai kepada pihak luar terutamanya China.

    Agak menghairankan, bagaimana akal dan fikiran mereka begitu mudah diperbodohkan oleh mereka yang selama ini tahu akan erti pelaburan dan pembangunan. Mari kita mengambil beberapa contoh untuk dibandingkan dengan apa yang dilakukan China di Malaysia hari ini.

    Di zaman pentadbiran Mahathir selaku Perdana Menteri, banyak infrastruktur dibangunkan hasil daripada kepakaran dan syarikat luar negara seperti KLCC, KL Tower, Litar Antarabangsa Sepang, Cyberjaya, Putrajaya, lebuhraya Utara Selatan, lebuhraya Pantai Timur dan banyak lagi infrastruktur mega yang dibangunkan oleh pihak luar di atas tanah milik negara.

    Persoalannya, sudah terjualkan tanah di tapak KLCC, KL Tower dan semua bangunan-bangunan gah yang di bina di Malaysia semasa pentadbiran Mahathir kepada pihak luar? Sudah tergadaikah negara akibat pembinaan lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil daripada kepakaran Korea dan Jepun?

    Jawapannya, sudah pasti tidak kerana kesemua infrastruktur ini masih kekal milik Malaysia. Begitu juga dengan pembangunan HSR, Bandar Malaysia dan Forest City. Pihak China membekalkan tenaga profesional dalam bidang teknikal dan khidmat nasihat dalam usaha mereka membangunkan impian kerajaan dan rakyat Malaysia.

    Disinilah yang amat sukar difahami, di mana rasionalnya dakwaan Mahathir dan pembangkang di Malaysia. Kita langsung tidak menggadai apa jua aset negara kepada pihak luar. Apa yang kita lakukan adalah menjalinkan kerjasama dengan pihak luar terutamanya China dalam membangunkan negara hasil daripada pelaburan jangka panjang negara berkenaan. Takkan inipun masih sukar sangat untuk difahami?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Salahkah Pelaburan Asing Bertapak Di Malaysia? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top