Kemenangan itu menyaksikan semangat para pemain seakan-akan sudah pulih dan kembali pada tahap sebenar selepas tewas tipis 1-2 kepada Ireland kelmarin. Ia terbukti apabila Malaysia Tigress tampil dengan corak permainan yang lebih agresif sebaik aksi bermula dan mereka berhasil meraih gol pertama menerusi Nurul Nabihah Mansur pada minit kelima.
Semangat barisan pemain skuad negara semakin terserlah selepas jaringan pembukaan itu apabila meledak tiga lagi gol dalam tempoh empat minit bermula dengan jaringan Noor Hasliza Md. Ali pada minit ke-14, Fatin Shafika Mahd. Sukri (m-16) dan Nuraini Abdul Rashid (m-18).
Pesta gol Malaysia Tigress berterusan apabila menambah tiga lagi gol menerusi Fatin Shafika (m-24), Fazilla Sylvester Silin (m-26) dan Nuraslinda Said (m-28) sebelum Norazlin Sumantri dan Hanis Nadiah Onn meloloskan diri pada minit ke-40 serta ke-44.
Empat lagi gol skuad negara dihasilkan Fazilla (m-46), Wan Norfaiezah Md. Saiuti (m-50), Nuraslinda (m-54) dan Fatin Shafika yang menyaksikan dia mencetak hatrik pada minit ke-59, manakala gol tunggal Kazakhstan dijaringkan oleh Vera Domashneva pada minit ketujuh.
Kemenangan itu menyaksikan skuad negara berada pada kedudukan kedua dengan mengumpul enam mata, sekali gus akan menentang Thailand bagi aksi suku akhir esok.
0 comments:
Post a Comment