My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 January 2017

    Jana RM30 Juta


    Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menjangkakan produk terbarunya, FlexiPrepaid mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak RM30 juta bagi kumpulan itu dalam tempoh 12 bulan akan datang. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, jumlah itu dinilai berdasarkan kelebihan produk berkenaan yang mampu memenuhi keperluan pelanggan melalui tawaran penjimatan kos dalam proses penghantaran produk mereka.

    Menurutnya, permintaan penghantaran barangan secara dalam talian semakin tinggi pada masa ini berikutan jumlah peniaga dalam talian yang meningkat. “Oleh itu, kami memperkenalkan produk ini bagi memberi pilihan kepada pelanggan yang mementingkan kos dan kecekapan untuk operasi penghantaran masing-masing,” katanya pada sidang media selepas pelancaran FlexiPrepaid di sini, semalam.

    FlexiPrepaid adalah pelekat prabayar yang diperkenalkan Pos Malaysia sebagai satu alternatif kepada pelanggan terutama peniaga dalam talian untuk menghantar barangan dengan berat maksimum sehingga dua kilogram.

    Beliau berkata, sebelum ini, kebanyakan operasi penghantaran barangan jualan dalam talian dilaksanakan melalui penghantaran premium dan ekspres oleh unit di bawah Pos Malaysia, Pos Laju serta jenama kurier lain.

    Menurutnya, tidak semua pelanggan mahu mendapatkan barangan dengan pantas jika perkhidmatan ditawarkan lebih diyakini dan menjimatkan dan ini segmen perniagaan yang belum diterokai sepenuhnya oleh syarikat.

    “Kami percaya FlexiPrepaid mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan penghantaran boleh dilakukan dalam tempoh tiga hingga tujuh hari bergantung kepada lokasi dengan tawaran harga 40 hingga 50 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan kurier lain,” katanya.

    Antara kelebihan penggunaan FlexiPrepaid adalah kebolehcapaian sistem jejak dan kesan barangan, bukti penghantaran untuk rujukan akan datang serta pampasan sehingga RM92 (berasaskan kes). 

    Untuk pelanggan bisnes Pos Malaysia, mereka boleh menikmati perkhidmatan pungutan percuma (jumlah minimum item adalah 100) dan penggunaan sistem Alat Penghantaran Elektronik (EST) untuk membeli FlexiPrepaid melalui potongan daripada akaun prabayar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jana RM30 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top