Tahun ini menyaksikan pembantu maya mencuri perhatian Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2017 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Lebih mencuri tumpuan, tiada siapa yang berjaya membawa teknologi pembantu maya atau dikenali virtual assistants dalam bahasa Inggeris sehebat Amazon melalui perkhidmatan atau produk mereka iaitu Alexa.
Pengeluar produk elektronik pula jelas berminat mencipta produk mereka berfungsi dengan operasi suara dan Alexa sesuai untuk merealisasikan hasrat terbabit. Memiliki Alexa sebagai operasi suara juga membolehkan perkakasan memperoleh keupayaan tambahan seperti strim muzik atau menutup dan membuka suis lampu secara pintar.

Pengeluar produk elektronik perlu membangunkan ciri baru yang menepati skil Alexa bermakna kecerdasan pintar atau ‘artificial inteligence’ tidak terhad berasaskan apa yang sudah dibangunkan Amazon.
Dengan sedikit program pengaturcaraan yang ringkas, Alexa mampu mengunci pintu rumah tanpa anda menyentuh selak kunci atau memaklumkan kepada anda apabila basuhan pakaian dalam mesin basuh tamat tempoh. Kaedah inilah yang memperlihatkan ciri positif Amazon membolehkan kebanyakan perkakasan mampu dipadankan dengan Alexa.
Sejak tujuh tahun lalu, dunia menyaksikan Google memperbaharui fungsi sistem operasi Android dengan pantas sehingga ia bukan saja terhad kepada sistem operasi telefon pintar malah TV, jam dan komputer.

Alexa menjadi bintang pada CES 2017 dan ia juga mempunyai pesaing lain seperti Nvidia yang memperkenalkan perkakasan strim medianya, Shield bersama Google Assistant membenarkan pengguna memaparkan foto ke skrin TV dengan arahan suara. Ia juga menhubungkan thermostat pintar Nest dan merubah suhu atau mengaktifkan perkakasan rumah pintar.
Pesaing lain? Jangan lupakan Microsoft Cortana yang sesuai untuk peranti berasaskan Windows 10. Naib Presiden Alexa, Echo dan Apps Store Amazon Mike George, berkata Alexa diperbaharui setiap hari dengan skil baru yang dimasukkan dalam ‘minda’.
Kali pertama Alexa diperkenalkan, ia beroperasi pada pembesar suara Echo dan sekarang ia memiliki 7,000 skil. “Pihak ketiga sudah memasukkan 7,000 skil baru dalam minda Alexa sekali gus menjadikannya lebih pintar,” katanya.
Katanya, perkakasan perkhidmatan suara Alexa lebih juga akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang. Media senaraikan beberapa produk yang dipadankan dengan Alexa:
LG Hub

• Berasaskan kesepaduan Alexa, ia mampu menerima arahan suara dengan menunjukkan anda keadan cuaca atau strim lagu apabila dikehendaki malah boleh memanaskan makanan dalam ketuhar apabila diaktifkan.
C (GE Lamp)
• Alexa mampu menjadikan lampu beroperasi lebih daripada sekadar tutup dan buka apabila lampu biru yang menyala menunjukkan barangan tambahan yang anda perlukan sebelum keluar membeli-belah.
Huawei Mate 9
• Ia menjadi telefon dengan kemudahan Alexa yang mengejutkan meskipun menggunakan sistem operasi Android. Versi baru Mate 9 sudah sedia dengan Alexa manakala pemilik sedia ada boleh mengemaskininya apabila tiba masanya kelak.
Mattel Aristotle
• Hampir sama dengan Echo, ia boleh mengesan suara bayi jika ia menangis dan cuba mententeramkannya dengan lagu ‘lullaby’. Bijak kan?
Samsung powerbot VR7000

LG Smart Instaview
• Peti sejuk ini lengkap dengan Alexa dan membolehkan penggunanya melihat kandungan dalam tanpa mendekati mesin ini. Malah sekiranya bahan mentah di dalamnya habis, Alexa akan memaklumkan kepada pemilik yang boleh menempahnya secara online pada kadar segera.
0 comments:
Post a Comment