My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 January 2017

    'Belum Habis Kemas, Air Bah Datang Lagi'


    Seorang nenek berusia 80 tahun terpaksa mengerahkan kudrat selepas terpaksa berpindah sekali lagi apabila rumah dihuninya sejak 30 tahun lalu dinaiki air sehingga mencecah ke paras dada dalam kejadian di Kampung Kebatasan Laut, di sini, kelmarin. 

    Dalam kejadian jam 6 petang, Urondoi Dantai dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kampung Indah, buat kali kedua, sejak semalam. Dia tidak mampu menahan rasa hiba selepas terpaksa menanggung kerugian harta benda akibat banjir itu.

    “Belumpun habis saya membersihkan sepenuhnya rumah selepas banjir pada 4 Januari lalu, kini terpaksa dipindahkan sekali lagi sejak Ahad lalu kerana air naik hingga ke paras dada.

    “Apa yang menyedihkan, kami ditimpa malang buat kali kedua dalam tempoh terdekat dan banyak harta benda yang rosak akibat banjir, baru-baru ini,” katanya ketika di temui di PPS Dewan Komuniti Kampung Indah, di sini, semalam.

    Selain PPS Dewan Komuniti Kampung Indah, antara PPS lain yang dibuka untuk menampung keperluan mangsa banjir berkenaan adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Salimpodon, Dewan SK Rukom, Dewan SK Pekan Pitas Dua, Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab. 

    Sementara itu, Ketua Kampung Kebatasan Laut, Garampang Lumindun, 63, berkata, ketika ini kawasan sawah mereka masih ditenggelami air sedalam hampir dua meter.

    “Kalau tiada hujan mungkin dua tiga hari baru air surut tapi tanaman padi kami sudah pasti musnah kerana terendam terlalu lama dalam air banjir. Saya berharap kerajaan dapat membantu kami bagi meringankan kerugian kerana tanaman padi sangat penting kepada kami,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Belum Habis Kemas, Air Bah Datang Lagi' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top