Pejabat pendakwa raya khas Korea Selatan semalam berkata, ia memohon kepada sebuah mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap ketua kumpulan Samsung, konglomerat terbesar negara itu, kerana dituduh merasuah berjuta-juta dolar kepada seorang rakan Presiden Park Geun-hye.
Ketua Kumpulan Samsung, Jay Y Lee disoal siasat selama 22 jam minggu lalu dalam siasatan skandal rasuah yang menyaksikan Parlimen negara itu mengambil keputusan untuk mendakwa Park bulan lalu.

Mahkamah Tengah Daerah Seoul berkata, ia akan mendengar permohonan itu esok untuk memutuskan sama ada meluluskan pengeluaran waran berkenaan. Lee ialah anak pengerusi kumpulan Samsung, Lee Kun-Hee.
0 comments:
Post a Comment