My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 January 2017

    Selepas Banyak GLC Dijahanamkan Rafizi, Kini Tiba Giliran PAS



    Nama Raja Penipu Malaysia ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang kerap kali cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap banyak GLC dan kerajaan hari ini dengan pelbagai fitnah. Beliau seolah-olah langsung tidak pernah serik dengan siri penipuan yang dilakukan hanya kerana patuh kepada arahan DAP.

    Umum sedia maklum bahawa DAP kini sedang giat mahu mememcah belahkan perpaduan kaum Melayu di negara ini. Justeru, antara jalan mudah buat DAP adalah menimbulkan perasaan kurang senang kaum Melayu itu sendiri terhadap GLC dan kerajaan melalui hamba-hamba suruhannya dari orang Melayu itu sendiri.

    Setelah begitu hebat fitnah yang dilemparkan Rafizi terhadap Lembaga Tabung Haji, KWSP, KWAP, LTAT dan Felda, kini Rafizi tampil bersama-sama NGO NOW yang diketuainya untuk menyerang salah satu parti politik Melayu, PAS. Beliau mendakwa, PAS tidak akan ada ruang dalam kerajaan Pakatan Harapan andai mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

    Tindakan ini sebenarnya bukan satu perkara yang menghairankan apabila, sejak PAS memutuskan untuk memutuskan hubungan dengan DAP, parti itu kerap kali berhadapan ancaman berterusan dari DAP sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara. PAS diserang dari segenap penjuru dan agak melucukan, masih ada dikalangan pemimpin PAS yang masih mengharapkan parti itu diterima masuk kedalam Pakatan Harapan.

    Bagi Rafizi, apa yang perlu dilakukan adalah untuk meneruskan perpecahan dalaman PAS yang dikatakan lebih cenderung untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam agenda perpaduan ummah. Rafizi, DAP dan Pakatan Harapan tidak akan mungkin dapat menerima PAS kembali sehinggalah pemimpin PAS sendiri memohon maaf secara terbuka kepada DAP.

    Agak menarik untuk disaksikan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini sedang giat berunding dengan PAS dalam pembahagian kerusi pilihan raya kelak. Setelah Rafizi memulakan serangan ini, menarik untuk disaksikan, adakah PAS akan menerima rundingan yang sedang berlangsung dengan PPBM? Bukankah PAS patut merasakan parti mereka sekali lagi telah disabotaj Pakatan Harapan melalui Rafizi?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selepas Banyak GLC Dijahanamkan Rafizi, Kini Tiba Giliran PAS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top