My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 13 January 2017

    Trump Umum Serah Perniagaan Pada Anak



    Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa beliau telah menyerahkan kuasa penuh empayar perniagaannya kepada anak-anak lelakinya, Donald Jr. dan Eric bagi menge­lak konflik kepentingan apabila memasuki White House kelak. 

    Trump, 70, yang merupakan lelaki paling kaya menjadi Pre­siden AS, telah dilanda tuduhan mengenai konflik kepentingan sejak menewaskan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton daripada Parti Demokrat pada November lalu.

    Empayar perniagaan Trump yang merangkumi rangkaian hotel, kelab golf, menara kediaman mewah di 20 buah negara tidak disenaraikan dalam pasaran saham dan tidak ada statistik awam. Trump yang mengambil alih pentadbiran White House 20 Januari, setakat ini tidak mendedahkan penyata cukainya, bermakna agak sedikit untuk mengetahui tentang kepentingannya.

    “Dua anak lelaki saya yang berada di sini, Don dan Eric akan menguruskan syarikat. Mereka akan melakukannya dalam cara yang sangat profesional. Mereka tidak akan berbincang mengenainya dengan saya,” kata Trump. 

    Peguam, Sheri Dillon berkata, satu pelan telah dirancang untuk benar-benar mengasingkan Trump daripada pengurusan perniagaannya semasa meme­gang Presiden AS. Malah, tambahnya tidak ada tawaran saham baharu akan dibuat semasa dia berada di White House.

    Semua urus janji yang tertangguh melibatkan lebih 30 urusan perniagaan dibatalkan, menyebabkan kerugian wang bernilai jutaan dolar kepada Trump dan anak-anaknya, kata Dillon, rakan kongsi di firma undang-undang Morgan, Lewis & Bockius di Washington.

    Selain itu, Trump juga akan meletak semua jawatan yang dipegang dalam perniagaannya dan anak perempuannya, Ivanka dan suaminya, Jared Kushner akan menjadi penasihat khas kepada Presiden, juga tidak akan terlibat dalam perniagaan tersebut.

    Menurut Privco yang menyedia maklumat perniagaan dan kewangan kepada syarikat-syarikat swasta, Trump Organization mempunyai 22,000 kakitangan dengan pendapatan AS$9.5 bilion (RM42.2 bilion) pada 2014.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Umum Serah Perniagaan Pada Anak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top