Penggunaan cili sebagai bahan masakan di negara ini bukanlah satu senario yang asing. Malah, ada dalam kalangan peminat makanan tempatan yang berasa bagaikan tidak kena dengan hidangan mereka sekiranya ia tidak pedas.
Jika anda merupakan seorang peminat makanan pedas, anda perlu berkunjung ke Restoran Salt & Pepper di Bangi, Selangor yang menawarkan menu burger yang mendapat jolokan burger paling pedas di Malaysia.
Menurut pemilik restoran itu, Akmal Azid, burger yang dinamakan sebagai Explosive Inner Core Burger itu dihasil menggunakan dua jenis cili yang diakui paling pedas di dunia iaitu Carolina Reaper dan Bhut Jolokia. Carolina Reaper merupakan cili yang berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat manakala Bhut Jolokia pula dari Assam, India.
Katanya, burger yang menjadi menu paling laris di restoran itu dihasil menggunakan resipi mereka sendiri bagi memastikan ia bersifat eksklusif di restoran yang beroperasi sejak Mac tahun lalu tersebut.
“Kita sedia maklum bahawa rakyat di negara ini menggemari masakan yang pedas. Jadi, mereka yang mahukan cabaran boleh mengunjungi restoran ini untuk mencuba menu itu. Seiring dengan populariti burger itu, kami turut mengadakan cabaran kepada para pelanggan iaitu menghabiskan Explosive Inner Core Burger yang berharga RM15.90 dalam tempoh seminit.
“Sekiranya berjaya, mereka akan diberikan baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan untuk menikmati hidangan di Restoran Salt & Pepper,” katanya baru-baru ini. Akmal berkata, sehingga ke hari ini, masih belum ada pelanggan yang berjaya mengharungi cabaran itu dan waktu terpantas dicatat untuk menghabiskan burger tersebut adalah satu minit 48 saat.
Akmal menunjukkan burger yang menjadi signatur Restoran Salt & Pepper. Menurutnya, selain Explosive Inner Core Burger, restoran itu juga menawarkan beberapa lagi pilihan burger seperti burger ketam, burger daging OG klasik dan burger keju supreme molten. Masakan gril Dalam pada itu, Akmal berkata, restoran tersebut juga popular dengan masakan Barat dan Itali.
Menu popular dalam kalangan pelanggan ialah spageti aglio olio, spageti bolognese dan spageti carbonara daging. “Selain itu, pelanggan turut menggemari masakan gril kami, dengan menu popular terdiri daripada kambing gril, ayam gril dan salmon gril.
“Bagi minuman pula, kami menawarkan seleksi smoothie daripada pelbagai perisa seperti mangga, strawberi, coklat dan hazelnut. Minuman moktel yang kami jual juga cukup digemari pelanggan wanita, dengan perisa yang sering dipesan mereka ialah lemon biru, epal hijau dan tembikai,” katanya.
Sementara itu, Akmal memberitahu, Restoran Salt & Pepper yang boleh memuatkan sehingga 50 orang pelanggan pada satu-satu masa itu menggunakan konsep murah dan berkualiti, sekali gus menawarkan harga mampu milik bagi setiap menu yang ditawarkan.

0 comments:
Post a Comment