My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 January 2017

    Gomez Berpisah Dengan JDT





    JURULATIH skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berasal dari Argentina, Mario Gomez akhirnya meninggalkan skuad tersebut selepas dua tahun mengendalikan pasukan juara Liga Super 2015 dan 2016 itu. Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers semalam. 

    Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan punca ‘perpisahan’ Gomez dengan JDT yang turut mencipta kegemilangan pada musim 2015 selepas menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim tersebut.

    Dalam kenyataan tersebut, Tunku Aminah menjelaskan bahawa Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dan Gomez telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. “Keputusan ini dibuat demi kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting daripada segala-galanya. 

    “Walau bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih legenda JDT ini atas sumbangan besar beliau kepada kelab sepanjang tempoh perkhidmatannya.

    “Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015.

    “Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang,” jelas Tunku Aminah. Gomez yang menyertai JDT pada musim 2015 bagi menggantikan Bojan Hodak memiliki sentuhan yang sungguh luar biasa apabila membawa JDT menjuarai Piala AFC pada 2015.

    Mereka menewaskan kelab Tajikstan, Istiklol 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Pamir, Dushanbe pada 31 Oktober 2015.

    Selepas kejayaan tersebut, Gomez meneruskan sentuhan berbisanya apabila mengemudi skuad JDT ke tahap paling cemerlang pada kempen Liga Malaysia 2016 yang menyaksikan mereka menjulang tiga kejuaraan selepas muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

    Usaha untuk menghubungi Gomez bagi meminta komen mengenai ‘perpisahannya’ dengan JDT semalam menemui kegagalan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gomez Berpisah Dengan JDT Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top