My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 January 2017

    Gabung Koperasi Kredit



    Koperasi kredit tempatan disaran supaya bergabung bagi mempertingkatkan kekuatan sektor perkhidmatan kewangan koperasi, sekali gus terus menjana pendapatan kepada ekonomi negara pada masa depan. 

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia perlu dilaksanakan terutama membabitkan koperasi kredit bersaiz kecil/sederhana serta dalam kumpulan sama seperti guru dan penjawat awam bagi mencapai sistem kewangan koperasi lebih berkesan dan berdaya saing.

    Beliau berkata, kerajaan menggalakkan penggabungan secara sukarela dalam kalangan koperasi kredit kerana ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan koperasi itu sendiri, malah membolehkan ia menawarkan produk pembiayaan lebih besar serta meluaskan pasaran ke luar negara.

    “Bilangan 596 koperasi kredit yang wujud di Malaysia pada masa ini dilihat agak besar dan tidak begitu efektif kepada negara berbanding beberapa negara maju lain yang memiliki koperasi kredit. 

    “Oleh itu, saya menyeru semua ahli lembaga pengarah koperasi kredit tidak mementingkan diri sendiri dan bersatu untuk mengukuhkan lagi sektor perkhidmatan kewangan koperasi,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020, di sini, semalam.

    Koperasi kredit menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi di negara ini melalui dua bank koperasi dan 596 koperasi yang menjalankan aktiviti perkhidmatan kewangan yang menjana RM30.1 bilion (89.8 peratus) kepada pendapatan gerakan koperasi yang berjumlah RM33.6 bilion setakat 31 Disember 2015.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gabung Koperasi Kredit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top