My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 January 2017

    Bos CIA Beri Amaran Kepada Trump



    Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan (gambar) memberi amaran kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin supaya berhati-hati dengan percakapan beliau dan menyifatkan Trump tidak memahami cabaran yang dihadapi AS berhubung Rusia.

    Trump, 70, yang akan mengambil alih pentadbiran AS pada Jumaat ini dikecam kerana memuji Presiden Rusia, Vladimir Putin secara berlebihan. Trump pernah berkata bahawa jika pe­mimpin Rusia itu menyukainya, ia merupakan aset untuk membantu memulihkan hubungan tegang antara Washington dengan Moscow.

    Dalam pada itu, Jawatankuasa Perisikan Senat telah me­lancarkan siasatan berhubung campur tangan Moscow dalam politik AS yang boleh memaksa pentadbiran Presiden Barack Obama dan Kabinet Trump dipanggil untuk memberi kete­rangan.

    “Saya tidak fikir beliau sedar sepenuhnya tentang ancaman Rusia, begitu juga dengan tindakan dan niat Rusia. Saya berpendapat bahawa Trump perlu sangat disiplin tentang apa yang diperkatakannya kepada umum,” kata Brennan dalam wawancara bersama saluran Fox News kelmarin.

    “Beliau akan menjadi Presiden AS dalam beberapa hari lagi sekali gus orang paling berkuasa di dunia dan saya fikir beliau perlu sedar bahawa kata-kata­nya akan mendatangkan kesan,” tambahnya. 

    Brennan berkata, Trump mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu untuk keselamatan negara dan tidak hanya bercakap atau mengeluarkan kenyataan di Twitter. “Mengeluarkan kenyataan spontan bukan sesuatu yang boleh melindungi keselamatan negara,” ujarnya lagi.

    Agensi Perisikan AS itu sebelum ini mendakwa bahawa Putin mengarahkan campur tangan dalam pilihan raya AS untuk menaikkan Trump dan menjejaskan seterunya, Hillary Clinton.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bos CIA Beri Amaran Kepada Trump Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top