My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 January 2017

    Pesta Bogel Di Bentong



    GARA-GARA mahu menjadi juara dalam permainan membuat garisan terpanjang menggunakan pakaian yang dipakai, seramai 39 peserta kem motivasi di Selesa Hill Homes Resort di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang sanggup berbogel dalam satu kejadian kelmarin.

    Kegilaan kumpulan lelaki yang didakwa sebagai pelajar dan graduan daripada beberapa buah kolej swasta berusia 19 hingga 23 tahun itu untuk bergelar juara menyebabkan mereka sanggup berbogel tanpa seurat benang atau berseluar dalam sahaja.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya melakukan siasatan dan intipan berhubung laporan itu dan mengesahkan ia benar-benar berlaku.

    Beliau berkata, anggotanya melakukan serbuan pada jam 12.30 tengah malam semalam dan menahan 39 peserta terbabit bersama sembilan fasilitator termasuk dua wanita yang menyelia program motivasi itu.

    “Polis terlebih dulu melakukan pemantauan ketika mereka menjalankan aktiviti di dalam dewan resort berkenaan dengan lengkap berpakaian sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan. Seramai 48 individu ditahan termasuk dua wanita, peserta terdiri daripada 39 lelaki berusia 19 hingga 23 tahun.

    “Seramai 23 peserta yang ditahan pelajar manakala 16 lagi bukan pelajar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Beliau berkata, siasatan awal mendapati program motivasi itu dirancang selama tiga hari bermula pada Jumaat lalu hingga semalam.

    Katanya, ia dikendalikan sebuah syarikat perkhidmatan dan peserta dihantar ibu bapa mereka untuk mengikuti program motivasi yang dianjurkan syarikat berkenaan. Menurutnya, berdasarkan keterangan ketua penyelia aktiviti itu, kejadian berlaku apabila peserta menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan ‘All Out’.

    “Siasatan turut mendapati peserta terbabit menginap di resort berkenaan. Pengurus resort memaklumkan pihaknya hanya menyediakan kemudahan seperti makanan, peralatan dan tempat tinggal bagi peserta kem motivasi itu.

    “Mereka juga dimaklumkan mengenai acara program dijalankan syarikat berkenaan namun tidak dinyatakan secara terperinci apa aktiviti itu,” katanya. Mohamad Mansor berkata, siasatan berhubung kejadian itu dijalankan dan semua yang ditahan direman tiga hari di lokap Balai Polis Bentong, untuk membantu siasatan.

    Bagaimanapun, semua 48 individu yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis. “Kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan lucah di tempat awam,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesta Bogel Di Bentong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top