My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 20 January 2017

    Legasi Ragnarok Online


    Masih ingat zaman kanak-kanak ketika era 90-an dulu? Pada masa itu kita diperkenalkan konsol klasik menggunakan kaset. Jika berhabuk pun, kena hembus dulu permukaan kaset untuk memastikan sesi permainan tak terganggu. Itu di konsol. Bagaimana pula dengan komputer? Tanyalah sesiapa pun, kita semua mengenali ‘game’ Ragnarok yang pernah menjadi fenomena ketika itu. 

    Puluhan kelas, ratusan peta dan kombinasi kuasa yang hebat membuatkan Ragnarok dikenali dan masih dimainkan sehingga kini. Namun, bukan itu isu yang ingin diketengahkan di sini. Zaman sudah berubah begitu juga teknologi. Oleh itu, bagaimana permainan klasik seperti Ragnarok ‘mengikat’ peminatnya untuk terus setia bermain?

    Ia dilakukan dengan pelbagai cara yang unik. Port ke permainan mudah alih Jika penulis katakan Ragnarok kini boleh dimainkan di peranti pintar, pasti ramai yang tercengang tidak percaya. Namun, kecanggihan teknologi membolehkan ia menjadi kenyataan hari ini.

    Pada aplikasi Playstore, Ragnarok dialih atau ‘port’ menggunakan simulator yang menyediakan menu, sistem dan antaramuka sesuai untuk peranti pintar. Dengan hanya menggunakan memori 2GB, ia boleh dimainkan dengan lancar di kebanyakan peranti. Infamy RO dan Ragnarok Valkyrie antara ‘private server’ yang memperluaskan demografik mereka kepada golongan sasar.

    Ini bermakna kedua-kedua server ini menyediakan permainan Ragnarok di dua platform berbeza. Namun, bagi anda yang tidak tahu, proses pemindahan ini ada kekura­ngan tersendiri. Contohnya, efek bunyi pada kuasa tidak dimainkan begitu juga prestasi grafik tidak begitu memuaskan seperti di komputer.

    Bagaimanapun, antara muka di peranti pintar boleh dikatakan hampir sempurna dengan menu yang mesra pengguna dan butang tersedia mudah diakses. Isu ‘lag’ juga tidak menjadi masalah kerana hampir tidak kelihatan.

    Kesimpulannya, ini menunjukkan permainan di PC kini mampu dialihkan ke peranti pintar walaupun terpaksa mengorbankan beberapa aspek seperti bunyi, muzik dan visual. Ragnarok Online Mobile Selain itu, permainan unggul keluaran Gravity ini turut mendapat tempat dalam kalangan peminat di China apabila ia dikeluarkan khususnya untuk peranti pintar.

    Bertajuk Ragnarok Online Mobile, syarikat Xindong mengumumkan fasa ‘open beta’ yang akan bermula Mac depan. Permainan itu dikatakan memaparkan grafik lebih canggih daripada judul asal namun mengekalkan beberapa elemen utama seperti visual kuasa dan jenis karakter.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Legasi Ragnarok Online Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top