Seorang lelaki warga Britain yang tinggal di sebuah flat di Manchester dan pernah menjadi jurujual Pepsi Cola, kelmarin diisytiharkan Raja Rwanda.
Putera Emmanuel Bushajiya yang tinggal dalam buangan dan menetap di Britain sejak 2000 ditabalkan sebagai Raja Yuhi VI, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat istana raja sebelum ini.
Pelantikan Bushajiya dibuat beberapa minggu selepas seorang rakyat Britain lain yang penah bekerja sebagai pengawal keselamatan di London memenangi pilihan raya Presiden Gambia. Menurut laporan The Times, Bushajiya yang diterima menjadi rakyat Britain beberapa tahun lalu tinggal di sebuah flat di Old Trafford sebelum berpindah ke sebuah rumah teres di Sale.
Dia kini mengendalikan sebuah syarikat keselamatan, menurut dokumen perniagaan. Kenyataan yang dikeluarkan pejabat istana raja sebelum ini berbunyi:
"Majlis Diraja Rwanda dengan ini memaklumkan kepada semua warga Rwanda dan sahabat Rwanda, sebagai mengekalkan budaya lama, dengan ini menamakan Putera Emmanuel Bushajiya sebagai pengganti mendiang raja.” Raja sebelum ini, Kigeli V mati dalam kemiskinan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Kigeli, bapa saudara Bushajiya tidak mempunyai anak.
0 comments:
Post a Comment