Seorang ketua biskop dari sebuah gereja Katolik di sini memberi amaran bahawa Eropah dan Itali akan menjadi sebuah negara Islam disebabkan peningkatan rakyat di negara itu yang menjadi ateis, lapor MailOnline.
Carlo Liberati yang juga merupakan Biskop Emeritus Pompeii mendakwa, selain kejahilan beragama dalam kalangan penduduk, pertambahan imigran beragama Islam ke Eropah juga bakal menjadikan Islam menjadi agama utama di rantau ini.

“Semua keruntuhan moral dan agama ini akan memberi kelebihan kepada Islam. Kita mempunyai kepercayaan lemah terhadap agama Kristian. Gereja kini tidak berperanan dengan baik dan seminar yang diadakan sentiasa kurang mendapat sambutan,” katanya semasa berucap dalam satu seminar di sini kelmarin.

Biskop itu juga menegur tindakan gereja-gereja Katolik kerana memberi sumbangan wang kepada kumpulan imigran baru-baru ini. “Tindakan memberi wang kepada imigran yang berlegar-legar di kawasan bandar adalah salah dari segi moral kerana kita menggalakkan tingkah laku mereka dan mereka akan terbiasa dengan cara itu. Jangan lupa bahawa kita juga sudah memberi mereka makan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment