Niat murni seorang lelaki yang ingin membantu 14 ahli keluarganya daripada dijilat api berakhir dengan episod menyayat hati apabila dia sendiri terkorban dalam tragedi kebakaran di tingkat atas kediaman dua tingkat di Kampung Kubambangan Paitan di sini kelmarin.
Lebih memilukan, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, pihak bomba menemui mayat Ritaudin Ghapur, 31, yang rentung 100 peratus di satu sudut ruang tamu rumah itu. Ahli keluarga mangsa juga berputih mata apabila mereka tinggal sehelai sepinggang selepas tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk beberapa dokumen penting.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Ronnie Roger berkata, ketika insiden, mangsa bersama keluarganya menyedari kejadian tersebut selepas terhidu asap tebal.
0 comments:
Post a Comment