My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 January 2017

    Suami Isteri Didakwa Dera Budak



    Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera seorang budak berusia 9 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada minggu lalu. 

    Tertuduh, Muhd. Aideel Eadros Rosli, 31, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan isterinya yang merupakan ibu kepada kanak-kanak terbabit, Sri Anum Hassan, 27, bagaima­napun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Illias.

    Mengikut pertuduhan, Muhd. Aideel yang tidak mempunyai sebahagian tempurung kepala selepas terbabit kemalangan dan Sri Anum didakwa menganiaya seorang kanak-kanak di bawah jagaan mereka berusia 9 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal ke atas mang­sa di No.59, Jalan Bukit Kempas 1/7, Taman Bukit Kempas di sini kira-kira pada pukul 11 malam, 9 Januari lalu. 

    Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Isteri Didakwa Dera Budak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top