My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 25 January 2017

    'Dakwaan Terlalu Awal'



    Polis Sabah akan menjalankan pemantauan berhubung dakwaan pergerakan pengganas Daish dipercayai menjadikan negeri itu sebagai transit untuk memasuki selatan Filipina. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya berpendapat masih terlalu awal untuk mengaitkan negeri itu dijadikan transit aktiviti itu. 

    “Untuk mengatakan Sabah sebagai transit mereka terlalu awal, namun sudah ada beberapa kes berhubung tangkapan ahli kumpulan Daish di sini. “Awal bulan ini pun kita ada tangkap (ahli kumpulan terbabit),” katanya pada sidang media sempena mesyuarat dua hala di antara Pasukan Polis Marin (PPM) dan Polis Maritim Filipina, di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rancangan terbaru pengganas Daish yang ingin menjadikan Sabah sebagai transit ahli kumpulan itu dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk menyusup masuk ke Filipina.

    Ramli berkata, isu berkenaan turut akan dibincangkan dalam mesyuarat dua hala PPM dan Polis Maritim Filipina yang berlangsung di sini, selama tiga hari bermula semalam. Beliau berkata, ia bagi mencari pendekatan holisitik di antara dua negara bagi menangani pergerakan Daish di negeri ini. 

    Akhbar semalam melaporkan, satu sel baru pengganas Daish dikesan merancang menjadikan Sabah sebagai transit kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan bagi menyusup ke Filipina.

    Rancangan itu didedahkan Pasukan Polis Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman susulan tangkapan terhadap tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan dalam operasi di Sabah dan ibu kota antara 13 hingga 19 Januari lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Dakwaan Terlalu Awal' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top