Seorang ketua kongsi gelap Geng 04 warga Malaysia yang menjadi buruan polis Thailand dan Malaysia sejak 10 tahun lepas akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di sini tiga hari lepas.
Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkla, Kolonel Sakda Jarengkul berkata, lelaki berusia 53 tahun yang digelar Ar-Hu ditahan polis kerana merompak sebuah kedai emas dengan bersenjatakan pistol di Jalan Montree di sini, 6 Januari lepas.
“Dalam kejadian itu, dia dipercayai melarikan barangan kemas seberat 1.7 kilogram (kg) bernilai 2.3 juta Baht (kira-kira RM290,000),” katanya kepada pemberita di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment