My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 24 January 2017

    Mahathir Semakin Bercelaru, Semua Usaha Jatuhkan Najib, Gagal




    Sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan usaha menjatuhkan Tun Abdullah. Pelbagai usaha dilakukan di mana akhirnya, hajat Mahathir untuk menjatuhkan Tun Abdullah yang beliau sifatkan sebagai lemah, berjaya dilaksanakan pada 2009.

    Tidak lama selepas Tun Abdullah meletakkan jawatan, beliau antara orang pertama yang meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah pengganti terbaik bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Mahathir untuk memacu negara kearah negara maju pada tahun 2020.

    Namun, semua itu hanya mampu bertahan kurang dari tiga tahun apabila Mahathir sudah mula melancarkan gerakan baru untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib. Sebut sahaja apa jua isu dan fitnah yang dijaja pembangkang, pastinya ia digunakan Mahathir untuk menyerang Datuk Seri Mohd Najib.

    Ditambah pula dengan pencapaian sederhana Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13, Mahathir beranggapan, Datuk Seri Mohd Najib perlu berundur dan digantikan dengan orang lain. Namun begitu, tidak seperti gerakkan menjatuhkan Tun Abdullah, Mahathir kali ini enggan menamakan sesiapa untuk di letakkan sebagai Perdana Menteri.

    Pada perkiraan Mahathir, Datuk Seri Mohd Najib hanya mampu bertahan sehingga penghujung 2014 di mana menjelang 2015, Malaysia bakal menyaksikan seorang lagi individu menjadi Perdana Menteri atas restu dan kebenaran Mahathir.

    Namun, jangkaannya silap, Datuk Seri Mohd Najib bukan semudah yang disangka Mahathir. Bermula dari situlah, serangan Mahathir semakin diperhebatkan dengan pelbagai cara samada menerusi dalam mahupun di luar negara. Pelbagai isu di permainkan semula dan ada diantaranya dicipta sendiri oelh Mahathir demi mahu menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib.

    Kini, Mahathir sudah dua kali termakan umpan. Kali pertama, Mahathir termakan umpan untuk meninggalkan UMNO dan kali kedua, Mahathir termakan umpan untuk menubuhkan parti politiknya sendiri. Atas kealpaan dan kesilapan Mahathir inilah maka peluang untuk menyerang balasnya semakin terbuka luas dan hari ini, Mahathir jelas bercelaru dan tiada arah tuju dalam politik.

    Dengan pelbagai usaha dilakukan olehnya termasuk menjilat semula kahak, mencium kasut Lim Kit Siang, "bercium mulut" kembali dengan Anwar dan macam-macam lagi, usahanya masih tetap menemui kegagalan.

    Mungkin Mahathir boleh mendabik dada kononnya beliaulah orang politik paling vateran dan paling berpengalaman. Namun, hari ini sudah membuktikan bahawa sebanyak mana pun pengalaman, beliau pasti akan ditewaskan dengan mudah bila nafsu amarah dan dendam menguasai dirinya.

    Padatarikh 24 Januari, 2017, Datuk Seri Mohd Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan paling utama, apa sahaja yang dilakukan oleh Mahathir diluar skop UMNO, ianya telah menyumbang kepada pengukuhan UMNO dan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahathir Semakin Bercelaru, Semua Usaha Jatuhkan Najib, Gagal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top