My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 January 2017

    5 Pegawai Felda Dicekup SPRM



    Lima orang termasuk dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditahan di sekitar Lembah Klang semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta. 

    Mereka yang ditahan ialah bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad, 57, dan bekas Timbalan Pengarah Besar Felda, Muhammad Sufi Mahbub, 53.

    Tiga lagi yang ditahan ialah seorang pegawai hartanah Felda yang bertugas di luar negara berusia 38 tahun, pegawai berkaitan projek penternakan ikan sturgeon berusia 30 tahun dan seorang penolong pegawai tadbir agensi tersebut yang berusia 33 tahun.

    Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kelima-lima orang kuat Felda itu ditahan menerusi Op Caviar di beberapa lokasi di Lembah Klang antara pukul 11.30 pagi dan 1.30 petang semalam. “Mereka ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.

    “Mereka juga akan membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kedudukan untuk kepentingan sendiri,” kata sumber itu ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 5 Pegawai Felda Dicekup SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top