My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 January 2017

    Rain Dah Kahwin


    Penyanyi dan juga pelakon terkenal Korea Selatan, Rain dan aktres Kim Tae-hee melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis sederhana di sebuah gereja Katolik di sini hari ini. Kedua-dua selebriti berkenaan bertukar-tukar hadiah perkahwinan dan melakukan upacara keagamaan di majlis yang hanya dihadiri keluarga, rakan rapat dan pegawai kanan agensi pengurusan masing-masing. 

    Antara selebriti yang dijemput ialah aktor Ahn Sung-ki, penyanyi Park Jin-young, Psy dan Park Jun-hyeong serta aktres Lee Honey yang belajar di universiti sama dengan Kim.

    Rain dan Kim, kedua-duanya penganut Katolik, mengumumkan pertunangan mereka dua hari lalu tetapi tidak mendedahkan tarikh dan tempat perkahwinan mereka kerana mahukan majlis itu diadakan secara sederhana.

    Mereka hanya memaklumkan kepada tetamu mengenai masa dan tempat itu pagi tadi. Gereja itu bagaimanapun dikawal ketat beberapa jam sebelum majlis berlangsung apabila ramai wartawan berkumpul untuk merakamkan acara berkenaan.

    Rain tiba kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan). Rain, 34, dan Kim, 37, mula berkenalan ketika rakaman iklan televisyen pada 2011 dan mula berpacaran secara rasmi pada 2012. Hubungan mereka mendapat tumpuan meluas media tempatan dan juga luar negara kerana kedua-duanya adalah selebriti terkenal dalam industri hiburan Korea.

    Rain juga mempunyai ramai peminat di negara Asia lain. Mereka sebelum ini menafikan beberapa khabar angin bahawa persahabatan mereka akan berakhir dengan perkahwinan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rain Dah Kahwin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top