My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 15 January 2017

    Satu Lagi Rencah Misteri Seram



    Mengangkat legenda urban (urban legend) seperti kisah misteri, hantu dan seram sudah biasa dipertontonkan di layar lebar tempatan. Antaranya Villa Nabila, Penunggu Jengka, Puaka Balai Gombak dan Cerita Hantu Malaysia. 

    Dorm Melati dilihat sebagai menambah perisa sedia ada terutama bagi mereka yang sentiasa mengikuti kisah legenda urban tempatan sedari dahulu. Jujurnya, Dorm Melati ini mempunyai kekuatan dari segi visual, kerja kamera, pencahayaan, premis dan barisan pelakon yang kukuh.

    Aspek teknikal lain seperti penggredan warna, runut bunyi, solekan, busana, suntingan dan nilai produksi (production value) juga boleh dibanggakan. Dari segi lakonan, Nadia Aqilah sebagai Zafirah, Adam Shahz (Wanfi) dan Aedy Ashraf (Adam) tidak dinafikan berjaya memberi momen tersendiri kerana faham tuntutan perwatakan masing-masing.

    Begitu juga Syaa Nasir sebagai Carol yang memberi persembahan agak mengejutkan. Malang buat pelakon baharu seperti Aizat (Eddy) dan Ardell (Raihana) yang kelihatan teaterikal pada penyampaian emosi dan pengucapan dialog. Menyentuh soal dialog, skrip dan lakon layar, Dorm Melati terlalu banyak lopong dan lohong yang perlu diperbaiki.

    Latar cerita tidak cukup kukuh untuk mengajak penonton melalui pengkisahan lima sahabat ke Dorm Melati. Skrip juga sangat lemah, terutama dari segi pengucapan dialog antara watak. Ia kelihatan skrip tidak dicanai dengan baik atau rumusannya, penulis skrip hilang idea pengucapan sesuai bagi menggambarkan sifat setiap perwatakan.

    ‘Common sense’ pada babak juga tidak diambil kira, malah visual sokongan yang wajar ada dalam plot tertentu turut tidak diberi perhatian serius. Antaranya babak tiba di stesen bas dan dialog Carol yang tiba-tiba rasa seram ketika berada di situ, padahal stesen bas itu jelas tempat awam dan bukan rumah berhantu.

    Begitu juga reaksi mereka serta bahasa tubuh saat menggambarkan lokasi bakal dituju di atas bukit dan menyeramkan, bukankah lebih menarik jika ada sokongan visual ‘long shot’ premis itu? Dorm Melati sepatutnya dibuka dengan paparan visual lebih besar bagi memberi momen tarikan bagi penonton, bukan ‘close-up’ pengenalan kepada watak Melati.

    INFO

    • FILEM: Dorm Melati.
    • ARAHAN: Eyra Rahman.
    • PELAKON: Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana, Syaa Nasir, Adam Shahz, Sabrina Ali.
    • GENRE: Seram triler.
    • TAYANGAN: 12 Januari 2017.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Satu Lagi Rencah Misteri Seram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top