My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 January 2017

    Muka Jururawat Ditoreh Peragut



    Gara-gara menendang peragut yang cuba merampas beg tangannya, seorang jururawat cedera di muka akibat ditoreh dengan pisau dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Bandar Sri Perdana, Jalan Silam di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian pukul 9 malam itu, Normalia Tuang, 42, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Kinabatangan dekat sini baru selesai membeli barang kelengkapan dapur seorang diri di pasar raya berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, ketika mangsa sedang memunggah barang untuk dimasukkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton miliknya, seorang lelaki tidak dikenali cuba menarik beg tangan mangsa.

    “Mangsa yang terkejut terus melawan dengan menendang lelaki itu sehingga terjatuh,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam. Menurut beliau, melihat mangsa yang agresif, lelaki itu bangun dan terus menoreh muka jururawat itu menggunakan pisau sebelum me­larikan diri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Muka Jururawat Ditoreh Peragut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top