Dua pasangan remaja yang terdiri daripada tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang pelajar sekolah pondok ditangkap khalwat di dua lokasi berasingan di Kuala Nerus dalam operasi yang dijalankan sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kelmarin.
Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim berkata, dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 25 tahun ditahan dalam serbuan bermula pada pukul 9 malam itu.
Beliau berkata, serbuan pertama berjaya menahan pasangan pelajar IPTA yang kedua-duanya berusia 22 tahun di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus.
0 comments:
Post a Comment