My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 January 2017

    80% Pemegang Sudah Tukar



    Bank Negara Malaysia (BNM), menjangkakan sekitar 80 peratus pemegang kad debit aktif di Malaysia sudah melakukan penukaran kad baru yang mempunyai beberapa ciri keselamatan dan sistem kemudahan pembayaran tanpa sentuh, payWave. 

    Langkah itu sejajar Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2011-2020 untuk memperluaskan penggunaan e-bayaran dan mengurangkan pembayaran menerusi wang tunai dan cek.

    Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran bank pusat itu Tan Nyat Chuan berkata, Malaysia mempunyai kadar penembusan kad debit atau kad juruwang automatik (ATM) berjumlah 44 juta dengan 18 juta kad berstatus aktif daripada kira-kira 22 juta pelanggan bank keseluruhan. 

    Menurutnya, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan kad debit, BNM bersama pemain industri kewangan berusaha memperbanyakkan terminal semasa jualan (POS) dengan sasaran 800,000 menjelang 2020 berbanding 230,000 setakat 2014.

    “Di bawah Rangka Kerja Pembaharuan Pembayaran Kad (PCRF), yuran antara pertukaran (IF) untuk kad debit diturunkan daripada satu peratus kepada 0.2 peratus untuk kad debit berjenama asing dan 0.40 peratus kepada 0.15 peratus bagi jenama tempatan (MyDebit).

    “Pelaksanaan PCRF menunjukkan hasil dengan penurunan bayaran purata Kadar Diskaun Peniaga (MDR) apabila menerima pembayaran menerusi transaksi kad dan menjadikan lebih mampu serta munasabah terutama bagi peniaga kecil,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena Karnival Kewangan 2017 anjuran BNM di sini, yang berakhir semalam. Setakat 2015, jumlah nilai transaksi menerusi kad debit di Malaysia berjumlah RM87 juta dan ia dijangka meningkat kepada RM96 juta pada akhir tahun lalu.

    Malah, kadar petumbuhan penggunaan kad debit sebagai platform pembayaran juga meningkat sebanyak 20 peratus berbanding dua hingga empat peratus bagi kad kredit antara 2011 hingga 2016.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 80% Pemegang Sudah Tukar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top