My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 January 2017

    Tiga Kawasan Aktif Denggi Dikenal Pasti di Lahad Datu




    Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sabah mengenal pasti tiga lokaliti yang aktif kes wabak denggi di sini, awal tahun ini. Pengerusinya, Stanley Chin Yat Min berkata tiga kawasan itu adalah Taman Aman 1, Kampung Tabanak dan Taman Warisan yang merekodkan 11 kes di ketiga-tiga kawasan berkenaan sejak awal tahun ini. 

    “Taman Aman Satu mencatatkan lima kes, diikuti dengan empat kes di Taman Warisan dan dua kes lagi dilaporkan di Kampung Tabanak. “Kesemua kes melibatkan pesakit berumur lingkungan enam hingga 24 tahun,” katanya dalam satu perjumpaan bersama Pegawai Kesihatan Lahad Datu Dr Valentine Japule Gantul di sini, semalam.

    Chin berkata, penyumbang kepada punca pembiakan nyamuk aedes di kawasan itu termasuk faktor cuaca, tempat pembuangan sampah serta kepesatan projek pembangunan di kawasan sekitarnya. 

    “Musim tengkujuh turut mempercepatkan lagi proses pembiakan nyamuk kerana jentik-jentik ini lebih mudah teradaptasi menjadi nyamuk dewasa,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya Jabatan Kesihatan daerah giat membuat pemantauan di premis dan kawasan kediaman bagi mengawal pembiakan nyamuk di sekitar Lahad Datu. Beliau juga menggalakkan agar masyarakat di sini meluangkan masa selama 10 minit untuk membersihkan kawasan di sekitar kediaman bagi mengekang penularan pembiakan nyamuk aedes.

    Dalam pada itu, Chin berkata pengusaha tapak pembinaan di daerah ini juga diingatkan supaya menjaga kebersihan dan memastikan tiada takungan air yang berpotensi untuk pembiakan aedes di kawasan pembinaan masing-masing.

    Sementara itu, beliau berkata sepanjang 2016, Lahad Datu merekodkan peningkatan kes demam denggi iaitu 195 kes berbanding 99 kes pada tahun sebelumnya. “Laporan itu sekali gus menjadikan Lahad Datu sebagai daerah kelima tertinggi kes demam denggi di Sabah tahun lalu,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Kawasan Aktif Denggi Dikenal Pasti di Lahad Datu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top