• PANAS

    Tuesday, 24 January 2017

    Padah Tanam Pisang Di Kebun Orang



    Gara-gara menanam beberapa batang pokok pisang di tanah milik individu lain yang terletak bersebelahan dengan kebunnya, seorang lelaki warga emas cedera akibat ditetak menggunakan sebilah parang di sebuah kedai makan di Sepupok Niah di sini kelmarin. 

    Kejadian pada pukul 8 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 70 tahun tersebut putus urat jari telunjuk kanan dan cedera pada kaki kanannya. Anak mangsa yang enggan dikenali mendakwa, sebelum kejadian itu, bapanya sedang menikmati sarapan di sebuah kedai makan seorang diri. 

    Bagaimanapun katanya, seorang lelaki tiba-tiba menghampiri bapanya sebelum dia menetak bahagian tangan dan kaki warga emas itu.

    “Bapa saya cuba mengelak, namun tetakan itu terkena jari telunjuk dan kakinya. Orang ramai yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian meleraikan kejadian sebelum suspek melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Tanam Pisang Di Kebun Orang Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top