My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 January 2017

    Skandal BMF : Karma Untuk Mahathir





    Seperti yang diulas semalam, perjuangan songsang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan secara amnya, kini dilihat semakin hari semakin menemui kegagalan. Beliau boleh dikatakan sudah melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib namun seringkali menemui jalan buntu.

    Bukan satu rahsia apabila Mahathir sanggup menjalinkan hubungan akrab dengan pihak luar terutamanya mereka yang sememangnya anti kerajaan seperti Sarawak Report, The Wall Street Journal, Bruno Manser Foundation dan banyak lagi. Malah, hubungan baiknya dengan Pengasas Open Society Foundation (OSF), George Soros juga akhirnya telah didedahkan kepada umum.

    Beliau menggunakan semua agensi luar ini untuk bersama-sama dengannya bagi memastikan hajat yang diidamkan oleh beliau tercapai. Lihat sahaja bagaimana beliau mengarahkan kroni-kroni bawahannya untuk membeli maklumat perniagaan asli antara 1MDB dan PetroSaudi dari Xavier Andre Justo yang membawa kepada serangan bertali arus WSJ dan Sarawak Report keatas kerajaan.

    Namun, Mahathir sebenarnya terlupa bahawa beliau masih lagi seorang manusia yang tidak terlepas dari balasan diatas segala pengkhianatannya. Bermula dengan pendedahan Justo yang mendakwa dirinya diinaya oleh orang suruhan Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan menerusi pengekploitasian dokumen perniagaan 1MDB, gambar beliau bersama Clare Rewcastle Brown pula tersebar di media massa.

    Tidak cukup dengan itu, cubaan beliau menghantar dua orang hambanya, Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin ke New York bagi meminta campurtangan FBI juga menemui kegagalan. Walaupun Department of Justice (DoJ) Amerika ada mengeluarkan kenyataan menyiasat beberapa aset melibatkan bekas-bekas orang dalam 1MDB, namun kes ini akhirnya ditutup secara rasmi, 2 minggu lalu.

    Secara zahirnya, beliau masih kekal belum berputus asa dan masih cuba menyerang kerajaan menerusi MCA dan mengitar semula semua tuduhan yang beliau lemparkan keatas Datuk Seri Mohd Najib. Seperti apa yang berlaku sebelum ini, cubaannya juga menemui kegagalan dan sekali lagi beliau dimalukan dengan kenyataan bodoh ciptaannya sendiri.

    Kini, tanpa perlu sebarang arahan dari Datuk Seri Mohd Najib atau laporan dari mana-mana individu, segala tembelang yang disimpan Mahathir selama 22 tahun mentadbir Malaysia kini sudah mula terdedah satu per satu. Siapa sangka, Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat telah mendedahkan antara skandal terbesar Mahathir sepanjang menerajui kerajaan.

    Laporan siasatan sebanyak 9 muka surat itu mendedahkan bagaimana Mahathir menggelapkan wang Bumiputera Merchant Finance (BMF) untuk kegunaan sendiri dan kroninya sehingga mengorbankan seorang juruaudit Abdul Jalil Ibrahim pada 1983.

    Sehingga kini, masih belum ada apa-apa ulasan yang dikeluarkan oleh Mahathir berhubung perkara ini. Namun apa yang didedahkan oleh CIA berkenaan cukup serius dan boleh dianggap sebagai satu skandal penyelewengan kuasa dan pembunuhan terancang yang dirangka Mahathir bagi melindungi segala skandalnya.

    Kini terpulang kepada Mahathir dan kuncu-kuncunya memikirkan apa langkah terbaik bagi menangkis semua tuduhan yang disebarkan oleh CIA sendiri sejak semalam. Mahathir pasti tahu apa yang berlaku kerana jika kita renungkan sejenak, mereka yang pernah terlibat dalam skandal BMF ini boleh dikatakan sudah meninggal dunia atau hilang begitu sahaja.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skandal BMF : Karma Untuk Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top