My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 January 2017

    Bekas Pensyarah UM Ketuai Daesh



    Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman melumpuhkan kumpulan baharu pengganas Daesh yang merancang menjadikan Sabah sebagai lokasi transit anggota pengganas Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk dibawa masuk ke selatan Filipina dan menyertai kumpulan tersebut.

    Kumpulan Daesh yang dike­tuai bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Mahmud Ahmad itu dikatakan sedang aktif merekrut dan mengatur perjalanan anggota Daesh dari negara ini, Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya sebelum mereka memasuki pusat Daesh yang berpangkalan di Marawi City, Mindanao, Filipina.

    Mahmud, 39, atau nama samarannya Abu Hanzalah pada tahun 2014 menjadi buruan polis selepas menganggotai kumpulan militan Arakan Daulah Islamiah (ADI) di Sabah. Selepas menyedari dirinya diburu, Mahmud menyusup masuk ke Filipina dan menyertai kumpulan Abu Sayyaf.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ke­giatan Mahmud itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki Filipina dalam satu serbuan di Kota Kinabalu pada 13 Januari lalu. 

    Menurut beliau, lelaki Fi­lipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam merupakan suspek utama yang ditugaskan oleh Mahmud untuk merekrut anggota baharu Daesh bagi menyertai kumpulan pengganas di bawah pimpinan Mahmud.

    “Siasatan mendapati kumpulan Daesh bawah Mahmud ini telah bergabung dengan kumpulan Abu Sayyaf pimpinan Isnilon Hapilon yang berbaiah dengan Abu Bakar Al-Baghdadi iaitu pemimpin utama Daesh di Syria.

    “Selain Mahmud, dua lagi rakyat Malaysia iaitu Amin Bachi dan Joraimee Awang turut menjadi orang penting dalam mengerakkan kumpulan Daesh yang berpangkalan di Marawi City,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Pensyarah UM Ketuai Daesh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top