My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 January 2017

    Abang Johari Mulakan Tugas sebagai Ketua Menteri

    HARI PERTAMA: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg buat pertama kali memasuki pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg buat pertama kali memasuki pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam. 

    Ketibaannya disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Pegawai Pentadbiran Khas Wan Khalik Wan Muhammad serta kakitangan-kakitangan Wisma Bapa Malaysia.

    Jumaat lalu, Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri keenam selepas dilantik menggantikan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Rabu lepas.

    Sebelum ini, Abang Johari merupakan Timbalan Ketua Menteri selain menyandang dua portfolio lain iaitu Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi. 

    Beliau yang mesra dengan panggilan Abang Jo di kalangan rakyat Sarawak, kini menyandang jawatan timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) setelah memulakan kerjaya politiknya sebagai timbalan ketua pemuda parti itu pada 1981. Abang Johari merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok sejak 1981.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Abang Johari Mulakan Tugas sebagai Ketua Menteri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top