My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 January 2017

    Pencarian MH370 Di Lautan Hindi Digantung


    Sudah hampir tiga tahun, pesawat MAB, MH370 hilang dari radar dan sehingga hari ini, nasib penerbangan Kuala Lumpur - Beijing berkenaan masih tidak diketahui. Walaupun operasi pencarian telah digerakkan di keseluruhan Lautan Hindi yang membabitkan 120 ribu kilometer persegi, namun ianya masih gagal menemui bangkai pesawat berkenaan.

    Setelah usaha pencarian yang melibatkan Malaysia, Australia dan China ini berjalan lebih dua tahun dan melibatkan ratusan juta Ringgit, semalam, dengan penuh rasa dukacita, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan operasi mencari bangkai pesawaat berkenaan di dasar Lautan Hindi, digantung berkuatkuasa hari ini sehingga pihaknya menemui petunjuk baru.

    Pengumuman berkenaan dibuat dalam kenyataan Tripartite Bersama MH370 oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester dan Menteri Pengangkutan China, Li Xiaopeng.

    Menurut kenyataan yang turut dikeluarkan menerusi Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, pencarian itu tidak membuat sebarang penemuan pesawat meskipun telah menggunakan kepakaran sains, teknologi, model pencarian dan pembabitan pakar-pakar yang profesional.

    Beliau berkata, keputusan untuk menggantung pencarian di bawah dasar laut ini bukan dibuat dengan mudah dan tanpa kesedihan. Ia adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga negara ketika Mesyuarat Tripartite MH370 di Putrajaya pada Julai tahun lalu.

    Walaupun gabungan kajian saintifik telah membantu memperhalusi kebarangkalian pencarian, sehingga kini, tiada maklumat baharu ditemui untuk menentukan lokasi spesifik pesawat tersebut. Menurut kenyataan itu lagi, mereka memaklumkan kapal terakhir operasi pencarian telah meninggalkan kawasan Lautan Hindi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pencarian MH370 Di Lautan Hindi Digantung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top