My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 January 2017

    Taktik Hantaran Jauh United ‘Lemaskan’ Liverpool



    Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui taktikal yang digunakan oleh Manchester United adalah punca mereka gagal mencatat kemenangan dalam perlawanan di Old Trafford awal pagi semalam. 

    Pemain The Reds, James Milner menghadiahkan gol buat pasukan pelawat pada babak pertama sebelum penyerang sensasi United, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol penya­maan untuk menjadikan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

    Keputusan itu menyebabkan Liverpool kini melalui empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam semua kejohanan selain dibezakan tujuh mata de­ngan pendahulu liga ketika ini, Chelsea. 

    Bagaimanapun, Klopp mengakui sangat ber­puas hati dengan prestasi anak-anak buahnya, cuma sedikit ralat kerana rakan sejawatnya di United, Jose Mourinho mengamalkan taktik ‘lapuk’ dengan me­lakukan hantaran jauh.

    “Pada 20 minit ter­akhir, corak permainan yang dipamerkan oleh United kembali berbeza dengan membuat hantaran jauh ke Marouane Fellaini dan Zlatan Ibrahimovic. Situa­si tersebut membolehkan mereka menyerang kami ketika barisan pemain saya telah kepenatan.

    “Saya akui keputusan boleh memihak kepada kedua-dua pasukan kerana kami mempunyai peluang yang sama. Cuma, kami tidak bernasib baik tetapi saya tetap gembira dengan prestasi barisan pemain,” jelasnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Taktik Hantaran Jauh United ‘Lemaskan’ Liverpool Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top