My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 21 January 2017

    Bas Pelancong Terbalik



    Seramai 22 pelancong China yang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan cedera ringan walaupun bas persiaran dinaiki terbabas sebelum terbalik di bulatan di Jalan Sepanggar, dekat sini, jam 9.35 malam kelmarin.  

    Dua daripada penumpang yang berusia 17 tahun dan 48 tahun masing-masing luka telinga kiri kerana terkena kaca tingkap. Pemandu bas berusia 47 tahun juga cedera ringan. Difahamkan, ketika kejadian, semua pelancong itu baru selesai mengunjungi sebuah pulau di perairan Kota Belud.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika kejadian, bas dalam perjalanan ke hotel di Karambunai, Sepanggar.

    “Tiba di lokasi, bas persiaran itu tiba-tiba terbabas lalu termasuk ke dalam bulatan sebelum terbalik. Semua penumpang di bawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bas Pelancong Terbalik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top