My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 January 2017

    Camacho Optimis Gabon Layak



    Tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika 2017, Gabon berdepan kemungkinan tersingkir daripada saingan pe­ringkat kumpulan selepas sekadar seri 1-1 dengan Burkina Faso pada aksi Kumpulan A di Stadum l’Amitie awal pagi semalam. 

    Ia merupakan keputusan seri kedua dilakar Gabon selepas terdahulu terikat 1-1 dengan Guinea-Bissau pada aksi pembukaan Kumpulan A, 15 Januari lalu sekali gus menghuni tangga ketiga dengan dua mata.

    Begitupun, ketua jurulatih Gabon, Jose Antonio Camacho tidak mahu menekan butang panik ekoran keputusan tersebut kerana beliau yakin skuad kendaliannya itu mampu layak ke peringkat suku akhir selepas ini.

    “Kami memperoleh banyak peluang tetapi gagal memanfaatkannya meskipun kami memiliki antara barisan penyerang terbaik berbanding Burkina Faso. Sudah tentu kami mahu menang tetapi ia tidak berlaku.

    “Kegagalan menewaskan Burkina Faso memang mengecewakan dan terpaksa bergantung harapan kepada aksi terakhir Kumpulan A menentang Cameroon pada 23 Januari ini. Bagaimanapun, saya optimis kami mampu layak ke suku akhir. Sebagai ketua jurulatih, saya percaya para pemain akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan terakhir nanti,” katanya.

    Pada aksi tersebut, Burkina Faso terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Prejuce Nakoulma (m-23) sebelum Gabon menyamakan kedudukan hasil gol daripada bintang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-38.

    Sementara itu, pengendali Burkina Faso, Paulo Duarte enggan menyalahkan pengadil perlawanan kerana menghadiahkan sepakan penalti kepada Gabon yang disempurnakan oleh Aubameyang untuk menyamakan kedudukan.

    “Kami tidak mahu merungut kerana para pemain saya juga mempunyai banyak peluang untuk memenangi perlawanan tetapi ia tidak berlaku,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Camacho Optimis Gabon Layak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top