My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 20 January 2017

    Selamat Jalan Obama, Selamat Datang Trump



    Tinggal beberapa jam sahaja lagi, tampuk pemerintahan negara paling berkuasa di dunia, Amerika Syarikat bakal beralih tangan daripada Barrack Hussien Obama kepada Donald Trump. Peralihan ini juga bermakna, tamatlah sudah dua penggal pentadbiran Obama dari Demokrat dan tibalah era pentadbiran bilionair dari Republican, Donald Trump.

    Boleh dikatakan, sepanjang pentadbiran Obama selama 8 tahun, banyak kemajuan antara Amerika Syarikat dan dunia luar telah dicapai hasil daripada sikap sederhana pentadbiran Obama. Beliau dilihat tidak seperti Presiden Amerika yang lain yang cenderung untuk menunjukkan kuasanya kepada dunia luar. Sebaliknya, beliau lebih gemar kepada perbincangan dan mendengar sebarang cadangan dari rakan-rakan Amerika.

    Malah, buat pertama kalinya sejak lebih 8 tahun, Amerika tidak mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara kecuali campur tangan dalam isu perang saudara di Syria. Obama juga disifatkan oleh dunia Islam sebagai seorang pemimpin yang lebih suka perdamaian walaupun sepanjang pentadbirannya, beliau dibayangi oleh kebangkitan kumpulan pengganas Daesh.

    Bagi kita di Malaysia, Obama boleh dikatakan sebagai pemimpin Amerika yang agak kerap mengunjungi negara. Mungkin kisah silamnya yang membesar di Indonesia banyak mempengaruhi keputusannya untuk mengunjungi Malaysia lebih daripada mana-mana Presiden Amerika sebelum ini. Malah, hubungan akrab beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib juga bukanlah satu rahsia buat kedua-dua pemimpin ini.

    Kini, tibalah masanya pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika 2016, Donald Trump memasuki Rumah Putih selaku Presiden Amerika ke 45. Jika kita peminat rancangan realiti, The Apperentice karektor Trump yang dilihat cukup tegas dan mempunyai pemikiran di luar kotak, cukup menggerunkan bukan sahaja peserta, malah penonton setia program berkenaan.

    Kini, penerbit utama rancangan berkenaan secara sahnya dilantik sebagai Presiden Amerika. Apa yang menariknya, perjalanan panjang beliau untuk menjadi Presiden Amerika disulami dengan pelbagai isu yang sehingga kini menyinggung hati ramai pihak terutamanya mereka yang beragama Islam dan berketurunan Mexico di Amerika.

    Malah, golongan kulit hitam yang secara amnya adalah golongan kelas kedua di Amerika turut terasa dengan kelantangan beliau. Sehingga kini, pemilihan beliau masih belum dapat diterima oleh setengah daripada rakyat Amerika itu sendiri. Lebih memburukkan keadaan, California dan beberapa negeri yang lain sedang berkira-kira untuk mengadakan pungutan suara untuk berpisah dengan Amerika sebagai tanda protes perlantikan Trump.

    Belum pun lagi menjejakkan kaki ke Rumah Putih, beliau telah menimbulkan pelbagai ketegangan dengan banyak pihak antaranya Mexico dalam isu pembinaan tembok sempadan, Kesatuan Eropah dalam isu Brexit, dunia Islam tentang penilaiannya yang mendakwa, Islam adalah agama keganasan dan banyak lagi.

    Semua ini mencetuskan kebimbangan bahawa kemungkinan besar, dibawah pentadbirannya, dunia bakal menyaksikan satu perperangan besar hasil daripada keceluparan dan kelantangannya dalam menyuarakan sesuatu isu. Malah, beliau turut berjanji dengan Israel akan melakukan apa sahaja asalkan tuntutan Israel yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, tercapai.

    Ini belum lagi mengambil kira dasar Trump yang mahu semua syarikat dari Amerika kembali kepada Amerika dan mengurang atau menutup terus sebarang pelaburan seberang laut. Katanya, ia membolehkan ekonomi Amerika kembali bangkit setelah hampir 3 tahun berada dalam keadaan tidak menentu.

    Bagi pemerhati ekonomi dunia, langkah Trump ini bakal menyaksikan kadar inflasi dan pengangguran akan meningkat dan akan mengganggu kebanyakan ekonomi dunia termasuk Malaysia.

    Sebenarnya, terlalu banyak kebimbangan wujud hasil perlantikan Trump selaku Presiden Amerika ke 45. Benar, beliau merupakan ahli perniagaan paling berjaya di Amerika namun semua itu tidak menjanjikan dasar dan polisi luar dan dalam Amerika akan turut berjaya seperti mana beliau cipta dalam bidang perniagaan.

    Sebaik sahaja sah mengangkat sumpah nanti, dunia pasti akan tertunggu-tunggu langkah pertama Trump dalam hubungan antarabangsanya. Mungkin ada yang akan bergembira dengan dasar baru Amerika di bawah Trump seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin, namun buat negara-negara akecil seperti Malaysia, kita harus bersiap sedia dengan impak dan gelombang yang bakal dihasilkan Trump untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari sekarang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selamat Jalan Obama, Selamat Datang Trump Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top