My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 21 January 2017

    Suami Isteri Beraya Di Penjara



    Sepasang suami isteri yang mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dua bulan lalu terpaksa me­nyambut Tahun Baru Cina dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan mereka menjalani hukuman tersebut lima bulan berkuat kuasa semalam. 

    Pesuruhjaya Kehakiman, Wong Teck Meng memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan hukuman penjara ke atas Lor Ka Hoo, 36, dan isterinya Tan Sit Fun, 31, yang dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret pada 25 November tahun lalu.

    Keputusan itu sekali gus menolak rayuan silang yang dikemukakan pihak pembelaan pasangan suami isteri itu bagi mengurangkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap mereka. Tahun Baru Cina bakal disambut kaum Cina pada 28 dan 29 Januari ini.

    Teck Meng turut memerintahkan pasangan suami isteri yang mempunyai tiga orang anak menjalani hukuman penjara bermula semalam. Pasangan berkenaan dihantar ke Penjara Kajang. Bagaimanapun, Teck Meng mengekalkan jumlah denda RM3,000 yang dikenakan ke atas suami isteri yang bekerja sebagai pengusaha restoran.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Isteri Beraya Di Penjara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top