My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 January 2017

    Kemunculan Buaya Lintas Jalan Gempar Penuntut UNIMAS



    Penghuni di sebuah pangsapuri di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) gempar dengan kehadiran seekor buaya dianggarkan sepanjang tujuh kaki yang dilihat melintas jalan malam kelmarin.

    Menurut sumber, buaya tersebut dilihat sekitar jam 10 malam menyebabkan penghuni di pangsapuri tersebut terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak untuk bantuan.

    “Kita menerima panggilan daripada orang awam mengatakan ada seekor buaya melintas jalan di kawasan penginapan penuntut UNIMAS di Taman Desa Ilmu. Bagaimanapun, sebaik sahaja pasukan bomba sampai di tempat kejadian, didapati buaya tersebut dilaporkan sudah tiada di lokasi dipercayai masuk semula ke dalam parit berhampiran,” kata jurucakap JBPM Sarawak.

    Sementara itu, Sarawak Forestry Corporation yang dihubungi berhubung perkara tersebut memberitahu pihaknya akan menghantar pasukan khas untuk menjejaki reptilia tersebut. “Pasukan SWAT kita kini ada tugasan di tempat lain dan sebaik sahaja mereka pulang kita akan terus ke sana,” kata SFC.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemunculan Buaya Lintas Jalan Gempar Penuntut UNIMAS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top