My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 January 2017

    Amerika Sah Undur Daripada TPPA


    Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas perintah eksekutif ditandatangani Presiden Donald Trump, di sini pada Isnin. 

    Trump menandatangani perintah eksekutif itu di Pejabat Oval sekaligus memenuhi janji manifestonya untuk menamatkan penglibatan Amerika Syarikat dalam pakatan 12 negara yang ditandatangani pada 2015.

    "Sudah lama kita bercakap mengenai perkara ini. Tindakan ini bagus untuk pekerja Amerika," katanya selepas menandatangai perintah itu. TPPA yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat tetapi belum disahkan menjadi tunggak utama ekonomi pentadbiran Barrack Obama di rantau Asia Pasifik bagi menyaingi perkembangan ekonomi China.

    Selain Amerika Syarikat, ia dianggotai Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

    Tindakan membatalkan perjanjian perdagangan seperti TPPA dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) antara janji manifesto Trump ketika bertanding, tahun lalu. Trump mendakwa, perjanjian perdagangan seperti itu menyebabkan kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat selain memusnahkan kawasan perindustriannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Amerika Sah Undur Daripada TPPA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top