My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 January 2017

    Australia Beri Harapan





    Kerajaan Australia berkata semalam bahawa ia tidak menolak untuk melakukan pencarian dasar laut pada masa hadapan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang selepas waris mangsa mengkritik pemberhentian pencarian tersebut. 

    Lokasi Penerbangan MH370 berkubur menjadi salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia. Pesawat jenis Boeing 777-200 itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 2014.

    “Saya tidak menolak pencarian dasar laut boleh dilakukan pada masa hadapan,” kata Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester kepada pemberita di Melbourne, sehari selepas Australia, Malaysia dan China secara rasmi menamatkan pencarian di selatan Lautan Hindi.

    Operasi mencari MH370 menelan belanja sekitar A$200 juta (RM670 juta), sebahagian besarnya dibayar oleh Malaysia dan telah dilanjutkan dua kali. Bagaimanapun ketiga-tiga negara terbabit enggan meneruskan pencarian tanpa bukti baharu berhubung lokasi bangkai pesawat tersebut. 

    Cadangan daripada beberapa penyiasat pada bulan lalu untuk melakukan pencarian di utara zon pencarian semasa seluas 120,000 kilometer telah ditolak oleh Australia dan Malaysia kerana disifatkan terlalu tidak tepat.

    Chester berkata, kos bukan faktor penentu untuk menghentikan pencarian, namun menambah, langkah untuk memulakan semula pencarian MH370 memerlukan maklumat baharu yang boleh dipercayai dan membawa kepada lokasi spesifik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Australia Beri Harapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top