My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 13 January 2017

    'Malaysia Sebenarnya Mampu Ke Piala Dunia'


    “Kejayaan Mohd Faiz Subri (memenangi Anugerah Puskas 2016) itu menandakan kita sebenarnya mampu layak ke Piala Dunia,” kata bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni. Beliau berkata, pemain tempatan juga tidak kurang dari segi kualiti berbanding pemain hebat dunia lain. 

    Jelasnya, sejarah sudah membuktikan bola sepak Malaysia pernah dijulang antara pasukan terkuat Asia apabila melayakkan diri ke pentas Olimpik sebanyak dua kali pada 1972 dan 1980.

    Biarpun selepas itu prestasi pasukan negara merudum secara mendadak, pencapaian Faiz memenangi Anugerah Puskas 2016 di Zurich, Switzerland membuktikan Malaysia masih tidak ketandusan pemain berbakat seandainya dididik dengan sebaiknya.

    “Sudah lama bola sepak negara menyepi di arena dunia selepas kejayaan pasukan kita layak ke saingan Sukan Olimpik pada era 70 dan 80an. Menjadi kebanggaan apabila Faiz diumumkan pemenang walaupun pencapaiannya dinilai atas tiket individu dan bukan secara berpasukan.

    “Namun ingin saya tegaskan, sebelum kita berjaya mencipta pasukan kuat, pemain dipilih perlu berbakat dan mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri untuk membentuk sebuah pasukan mantap.

    “Daripada kejayaan Faiz itu, saya percaya jika pembangunan dan sistem bola sepak negara diubah secara lebih teratur dan profesional mungkin Malaysia juga mampu melangkah ke Piala Dunia,” katanya yang percaya impian itu mampu direalisasikan.

    “Saya cukup teruja melihat Faiz dengan cara dia berjalan dan menaiki pentas di depan pemain dan legenda bola sepak dunia untuk menerima anugerah itu,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Malaysia Sebenarnya Mampu Ke Piala Dunia' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top