My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 March 2017

    2 Ditahan Selepas Dikejar Polis Peronda



    Dua lelaki ditahan selepas aksi kejar-mengejar sejauh lebih 10 kilometer dan melanggar kereta polis, kira-kira jam 1.35 pagi semalam. 

    Pasukan daripada Unit Peronda Polis (MPV) yang melakukan rondaan cegah jenayah sewaktu berada di lampu isyarat Taman Riveria di Kota Samarahan terserempak dengan kereta dinaiki tiga lelaki. Kereta yang dipandu kumpulan bertiga yang dalam keadaan mencurigakan itu dikatakan dipandu laju serta tidak berhenti di lampu isyarat merah.

    Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak ASP Mathew Manggie berkata, MPV itu telah membunyikan siren dan menghidupkan lampu mata arah dengan usaha untuk menahan dan mengarahkan kereta tersebut berhenti.

    “Bagaimanapun, pemandu terus memecut laju dan enggan memberhentikan kenderaan meskipun diberi amaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Katanya, sewaktu kereta MPV melalui kawasan Jambatan Bintawa, kereta tersebut melanggar bahagian depan kereta peronda mengakibatkan lampu sebelah kiri pecah dan fender kiri kemek dan bampar calar. Susulan perlanggaran itu katanya, kereta tersebut terbabas ke tepi pembahagi jalan. Kes itu masih dalam siasatan di bawah Rule 6 (1) LN166/59.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 2 Ditahan Selepas Dikejar Polis Peronda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top