My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 March 2017

    Teresa Kok Sengaja Undang Permasalahan Kaum



    Sehingga hari ini, masih ramai yang mengecam tindakan Teresa Kok yang dilihat sengaja mencetuskan masalah dengan tingkah lakunya. Manakan tidak, tindakannya yang dilihat sengaja mengundang kemarahan orang ramai sewaktu "melanggar" majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah dewan di Seputeh, Sabtu lalu, mungkin akan menyebabakan kekecohan yang tidak terkawal.

    Salah seorang pemimpin yang lantang mengecam tindakan tidak berakal Teresa Kok ini adalah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan. Dalam catatan terbaru dari blog milik beliau, datukhuanpcm.blogspot.my, beliau mempersoalkan, apa tujuan sebenar Teresa Kok mengganggu majlis perkahwinan sebuah keluarga kaum Melayu, Sabtu lalu.

    Menurut beliau, jika Teresa mempunyai integriti dan akal, beliau boleh sahaja mengadakan sidang akhbarnya di pejabat gerakan DAP Seputeh, kurang dari 1 kilometer dari lokasi beliau sengaja membuat kecoh. Ini tidak, demi ego seorang Ahli Parlimen, beliau sanggup juga "melanggar" majlis berkenaan hanya dengan alasan mahu mengadakan sidang akhbar.

    Lebih melucukan, Teresa juga dikatakan mewakili penduduk Seputeh, membantah projek pembinaan projek rumah mampu milik di tapak dewan berkenaan yang dikatakan bakal menyesakkan lagi keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan.

    Diakui, beliau mempunyai hak untuk membantah, tetapi tindakannya yang sengaja merempuh majlis perkahwinan sekeluarga kaum Melayu berkenaan disifatkan sengaja mencari masalah yang tidak sepatutnya berlaku.

    Jika kita masih ingat, pada 2001, telah berlakunya insiden pergaduhan antara kaum Melayu dan India yang melibatkan 3 buah kampung di Lembah Klang. Kampung-kampung berkenaan adalah Kampung Datuk Harun, Kampung Medan dan Kampung Ghandi dan pergaduhan berkenaan berlangsung dari 4 Mac sehingga 8 Mac.

    Semuanya dikatakan berpunca apabila seorang kaum India telah merempuh khemah perkahwinan kaum Melayu di Kampung Medan setelah dia memandu dalam keadaan mabuk. Persoalannya, adakah Teresa mahu kejadian seperti ini berlaku hanya disebabkan kebodohannya? Adakah Teresa dengan sengaja mahu mencetuskan permasalahan kaum di situ?

    Sebagai Ahli Parlimen, beliau sepatutnya sedar, beliau bukan mewakili satu kaum sahaja. Beliau mewakili semua kaum yang ada di Seputeh dan beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik, bukan cuba mencetuskan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Datuk Huan, jangan jadi pemimpin yang busuk hati disebabkan politik sempit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Teresa Kok Sengaja Undang Permasalahan Kaum Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top