My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 March 2017

    Kelucahan Melampau: Guru Kekal Dipenjara Enam Tahun



    Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengekalkan penjara enam tahun, terhadap seorang guru yang disabitkan dengan enam kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap enam murid. Hakim Nurchaya Arshad membuat keputusan itu terhadap Masdin Damsik, 49, selepas mengetepikan rayuan daripada pihak pembelaan atas keputusan dan hukuman. 

    Pada 30 Oktober 2015, Mahkamah Majistret mengenakan penjara selama tempoh setahun terhadap perayu selepas didapati bersalah, bagi setiap pertuduhan itu dan diperintahkan berjalan serentak. 

    Pertuduhan pertama hingga ketiga, perayu menarik skirt baju kurung dua murid perempuan dan menyentuh bahagian sulit seorang murid lelaki, di sebuah bilik kelas sekolah rendah, Inanam, di sini, pada 11 April 2014 jam 10 pagi. Keempat hingga keenam, Masdin melakukan kesalahan sama terhadap tiga murid perempuan, pada masa dan di tempat sama.

    Untuk semua pertuduhan itu, perayu didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan, memperuntukkan tempoh penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. Dalam hujah peguam Wotti Junius berkata, kelakuan anak guamnya bukan satu tindakan yang dikatakan melakukan kelucahan melampau.

    Menurutnya, perayu hanya menarik pakaian dan menyelak skirt murid-murid berkenaan kerana marah dengan mereka. Tambahnya, perhatian perayu bukan untuk memegang kemaluan murid-murid terbabit, tetapi hanya memberikan amaran kerana kenakalan mereka.

    Beliau memohon mengurangkan tempoh penjara kepada lima bulan, kerana perayu sudah direman selama tempoh berkenaan, disebabkan tidak mampu membayar ikat jamin. Timbalan Pendakwa Raya Wan Farrah Wan Ghazali membidas, tindakan yang dilakukan perayu adalah melakukan kelucahan melampau, apabila menyentuh bahagian sulit.

    Tegasnya, dalam adat dan norma masyarkat, menyelak pakaian juga sudah diketahui sebagai perlakuan yang tidak baik. Dalam pada itu, Nurchaya juga berkata, murid-murid sememangnya nakal, tetapi cara mendidik bukan dengan cara memegang kemaluan atau menyelak pakaian murid. 

    Menurutnya, masih terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk mengajar murid-murid, dan bukan dengan cara menyentuh. Sementara itu, mahkamah juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kelucahan Melampau: Guru Kekal Dipenjara Enam Tahun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top